Fasiliti Bank Yang Anda Perlu Tahu

Bank fasiliti itu adalah kemudahan yang disediakan oleh bank

seperti program bantuan kewangan formal yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk membantu syarikat yang memerlukan modal operasi untuk mengembangkan bisnes.

Berikut adalah beberapa jenis kemudahan:

1. “Overdraft Services”

Perkhidmatan overdraf memberi pinjaman kepada syarikat apabila akaun tunai itu adalah kosong.

dan syarikat boleh mengeluarkan wang lebih daripada nilai yang ada di dalam akaun bergantung kepada

had yang ditetapkan. Perkhidmatan overdraf mempunyai kos lebih rendah daripada pinjaman.

Overdraft juga dapat diselesaikan dengan lebih cepat . Manakala caj faedah pinjaman akan terpakai apabila menggunakan kemudahan tersebut.

2. “Business Lines of Credit”

Kredit pusingan adalah kredit di mana syarikat A membayar yuran komitmen, dan apabila syarikat memerlukan aliran kewangan , syarikat A dibenarkan menggunakan dana tersebut apabila diperlukan.

Ia biasanya digunakan untuk tujuan operasi manakala pinjaman boleh berubah-ubah mengikut keperluan aliran tunai semasa pelanggan.

3. “Term Loans”

Pinjaman bertempoh adalah pinjaman komersial dengan kadar faedah yang ditetapkan pada tarikh matang.

Sebuah syarikat biasanya menggunakan wang itu untuk membiayai pelaburan syarikat besar atau pengambilalihan.

4. “Letters of Credit”

Syarikat perdagangan dalam negeri dan antarabangsa menggunakan surat kredit untuk memudahkan urus niaga dan pembayaran.

Institusi kewangan akan menjamin pembayaran dan menyelesaikan tanggungjawab antara pemohon, pembeli dan benefisiari (orang yang menerima manfaat).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *