Teknik 17: MENDORONG PERUBAHAN TINGKAH LAKU GOLONGAN PELAKU DOSA-DOSA PERIBADI JENIS BERAT
Menjadi ketua yang tidak membezakan staf adalah satu cabaran yang besar kepada golongan ini. Sebagai manusia pastinya ada ciri-ciri atau perkara yang tidak disukai dan disukai.
Begitu juga dalam mengetuai sesuatu pasukan di jabatan, syarikat atau tim pastinya seorang ketua itu berdepan dengan pelbagai peel anak buah.
Bayangkanlah, seorang ketua perlu menguruskan lebih dari dua orang anak buah yang setiap seorangnya mempunyai latar belakang serta perangai peribadi yang berbeza. Boleh stres juga.
“Ada yang sedikit-sedikit tidak puas hati. Ada pula yang tidak kisah, mana yang difikirkan baik untuk membantu syarikat, jabatan atau tim disokong dan dilakukan sahaja tanpa banyak bantahan,”.
Malah, di sesebuah organisasi pastinya wujud juga staf yang mempunyai tabiat yang buruk dan boleh melanggar undang-undang seperti suka meminum alkohol, berjudi dan sebagainya.
Disebabkan itu, tidak dinafikan kebanyakan ketua memilih untuk menjalinkan persahatan atau berhubung dengan staf yang lebih baik dan membuatkanya lebih selesa. Orang-orang seperti ini dianggap lebih mudah untuk berurusan kerana mendengar nasihat dan mengikut kata sehingga kadang-kadang mengabaikan staf yang suka membantah.
Sikap sebegini sebenarnya tidak boleh wujud dalam diri seorang ketua yang mahu dihormati dan disayangi.
Sekiranya anda tidak mencari solusi untuk merawat perasaan itu, pelbagai masalah akan timbul seperti :
- Staf yang mempunyai masalah peribadi, moral kerjanya jatuh.
- Persekitaran kerja menjadi tidak harmoni
- Hasil kerja dan kualiti kerja staf menurut
- Kekerapan pemberhentian kerja yang tinggi.
Oleh itu, sebagai seorang ketua yang ingin dihormati, disayangi dan melancarkan operasi syarikat serta tugasan perlulah mempunyai sikap keterbukaan. Semua staf dilayani sama rata, disantuni, disapa, diberi pujian dan penghargaan di atas apa kebaikan yang dilakukan mereka.
“Li hasil jualan kamu bagus hari ini, teruskan momentum yang ada ya,” Ahmad sebagai seorang ketua tetap memberi pujian walaupun satu pejabta sudah bergosip mengenai Li yang ‘kaki botol’ itu.
Bagi Ahmad, dia lebih mengutamakan prestasi anak buahnya tanpa mengira sesiapa selagi mereka tidak mencalarkan imej dan menyusahkan syarikat.
Ahmad juga sentiasa memberi nasihat secara umum kepada anak buahnya yang menghadapi masalah supaya mendapatkan khidmat rundingan kaunseling di syarikat atau berjumpa pakar untuk menyelesaikannya.
Kadang-kadang di dalam mesyuarat bulanan bersama semua staf, Ahmad juga sering mengingatkan etika-etika dan SOP di tempat kerja dan seorang staf perlu lakukan demi kelancaran syarikat dan kebaikan anak buahnya.
Sikap keterbukaan seorang ketua yang lebih mengutamakan hal-hal berkaitan untuk menaikkan prestasi syarikat sedikit sebanyak dapat menyingkirkan perasaan memilih bulu.