Menjatuhkan Hukuman Kepada Orang Yang Rapat

Kadang-kadang dalam satu syarikat atau tempat kerja pastinya seorang ketua mempunyai sahabat baik, kemana sahaja pasti dengannya.

Namun dalam pekerjaan, sahabat baik itu perlu juga melakukan tugas dengan betul memenuhi KPI dan mengikut SOP. Tiada yang istimewa apabila melibatkan hal pekerjaan dan tugasan. Namun bukan mudah bagi seorang ketua untuk menegur staf yang juga kawan baiknya itu.

Jika ditegur nanti, pastinya ada yang terluka dan memburukkan keadaan walaupun niatnya adalah untuk membetulkan cara bekerja atau tabiat buruk yang dilakukan sahabat baiknya itu.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi tegang di antara ketua dan sahabat baiknya, ada kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketua yang bijak mengendalikan nilai persahabatan dengan stafnya itu tidak akan menegur dengan sendiri, namun bukan kerana dirinya pilih kasih tetapi menjaga hubungan.

Sebagai seorang ketua, kita boleh meminta tolong staf yang lain untuk menegurnya contohnya menggunakan jabatan sumber manusia untuk membuat teguran kepada staf yang juga sahabat baik itu.

Pastinya, sebagai seorang staf perlu mengikut undang-undang, peraturan SOP syarikat yang dikendalikan oleh jabatan pengurusan atau sumber manusia. Staf dan sahabatnya itu juga sudah tahu peranan sumber manusia yang bertanggungjawab ke atas pekerja sesebuah syarikat.

Apabila hukuman telah dikenakan seperti menerima surat tunjuk sebab, surat amaran dan sebagainga, anda tidak perlu bertanya tentang perkara tersebut. Pura-pura sahaja tidak mengetahuinya.

Ketua boleh diam sahaja dan melayani sahabat baiknya itu seperti biasa tanpa memberi nasihat, menegur dan bertanya tentang tindakan yang telah dikenakan terhadapnya. Dengan cara ini, staf yang juga sahabat itu tidak akan merasa rendah diri dan malu.

Seorang ketua yang mengetahui kedudukannya sebagai seorang pemimpin, tidak perlu meminta maaf kepada stafnya apabila dikenakan tindakan. Sekiranya tindakan sahabat itu perlu dikenakan hukuman seperti yang digariskan oleh syarikat, ia bukanlah menjadi kesalah untuk dikenakan tindakan di tempat kerja.

Perlu tahu membezakan peranan sahabat dan staf di tempat kerja. Dengan cara sebgeitu juga, anda sebenarnya telah membantu sahabat anda untuk maju dan disanjungi serta dihormati staf lain.

Berlapang dadalah dan fahami tanggungjawab serta mengetahui perbezaan antara majikan, dan sahabat.