Setiap ketua pasti mengimpikan mampu menjadi seorang pemimpin yang ‘very likeable’ dan unisversal oleh semua anak buah termasuk pekerja terpinggir
Pemimpin yang ‘very likeable’dan universal ini juga sebenarnya memberi kelebihan kepada seseorang ketua itu sendiri dalam memastikan kelancaran operasi di sesebuah syarikat, jabatan dan juga tim. Anak buah akan mudah untuk mendengar nasihat dan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa banyak masalah.
Begitupun, bukan mudah untuk membina imej seorang ketua yang disukai semua anak buah ini, ia memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan.
“Bayangkan di sebuah syarikat, terdapat staf yang kaki botol dan datang ke pejabat juga kadang-kadang masih dalam mabuk. Kadang-kadang datang lambat, memang banyak melanggar SOP dan disiplin memang ke laut,”.
Bagaimana agaknya Hassan mahu menangi masalah pekerja yang melakukan dosa besar peribadi atau dibiarkan boleh terlibat dalam jenayah atau melibatkan undang-undang ini?
Hassan sedar dirinya seorang ketua perlu mempunyai daya ‘veri likeable person’ dan bersikap universal dalam kalangan pekerja, jadi dia lebih suka memberi perhatian kepada prestasi dan kualiti pekerjanya.
Walaupun ramai staf mula bergosip dan merendahkan kebolehan pekerja kaki botol kerana sikap buruk itu, namun Hassan sebolehnya tetap membela anak buahnya itu dengan memberi pujian mengenai kualiti kerja yang ditunjukkan.
Hassan mahu anak buahnya itu sedar, tentang potensi dirinya yang boleh dilonjak lagi sekiranya dia lebih fokus dengan meninggalkan tabiat buruk itu.
“Lee yang setiap kali dipuji ketua, pastinya sedikit sebanyak semakin sayang dan menghormati Hassan,”.
Apabila setiap kali ada mesyuarat, Hassan akan memberi nasihat secara umum dan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerjanya itu.
Kata-kata nasihat itu akan menjadi motivasi kepada Lee seorang kaki botol dan staf yang melakukan ‘dosa peribadi’ lain.
Siap Hassan yang tidak meminggirkan setiap anak buahnya dianggap ‘hero’ kepada staf bermasalah atau suka melakukan ‘dosa peribadi’ dan mendorong untuk mereka berubah tanpa paksaan. Selain itu staf yang lebih baik juga akan lebih bersemangat dan terinspirasi dengan sikap Hassan.
Mereka akan mula mendekati Lee dengan menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan. Akhirnya masalah pekerja yang suka mabuk dan melakukan ‘dosa peribadi’ dapat diselesaikan dengan baik serta tanpa perlu kehilangan pekerja itu.